Saturday, November 14, 2015

Tips Fail di Rumah @ Filing at Home

Tips Fail di rumah @ Filing at home

Bila makin tua ni, banyak pulak surat-surat yang diterima. Tapi bukan surat cinta ye. Kebanyakannya surat dari bank. Surat hutang.. Hehe. Takdelah. Actually bila kita dah start beli aset ni, macam-macam surat akan diterima. Ada surat lawyer. Surat cukai pintu. Surat maintenance fee. Resit pembayaran.. Dan macam-macam lagilah surat.  

Kalau anda terima surat sebegini, pastikan anda tapis dulu kepentingan surat tu. Kalau penting, make sure anda simpan elok-elok di dalam fail. Contohnya macam surat berkaitan bukti pembayaran dan jumlah pinjaman yang dibuat. Semua ini mungkin penting di saat tertentu. Contohnya apabila anda nak beli rumah.  Kalau saya, saya suka simpan dalam fail ikut kategori. Tak nak la bercampur aduk. Kalau campur aduk, nanti susah nak cari lagi 10 tahun. Hehe.. Contohnya, ada fail utk rumah A, rumah B, kereta, anak-anak, sijil-sijil, resit penting ( untuk claim warranty), kwsp, investments, tax dan macam-macam lagi.

Kesimpulannya, fail juga penting di rumah ye. Bukan sahaja di office tau.  Mulakan fail anda sekarang untuk kemudahan di masa hadapan. 

Sekian . :)

Have fun & Take care 
@ macammacamboleh.blogspot.com


Top 10 Wishlist Hadiah Kahwin

Top 10 wishlist hadiah kahwin

Pejam celik pejam celik sekarang dah masuk bulan November 2015. Wow. Cepatnya masa berlalu. Tak lama lagi tibalah bulan Disember, iaitu musim cuti sekolah dan juga musim kenduri kahwin. 

Bagi yang nak adakan majlis perkahwinan bulan disember pula, mesti sekarang dah makin busy menyediakan persiapan. Dan bagi yang mempunyai saudara mara yang akan berkahwin pula, mesti ada yang dah start fikirkan hadiah apa nak beli untuk pasangan pengantin baru. 

Anyway, di sini saya ingin share antara top 10 hadiah perkahwinan yang sangat berguna untuk saya atau yang saya wish saya dapat. Hehe. Manela tau, mungkin dapat beri idea untuk anda juga. Kalau hadiah kahwin ni, selalunya orang belikan cadar dan tea set. Apa kata kita lain sikit untuk kali ini :)


1. Microwave
2. VCD player
3. Periuk / kuali masak ( tefal yang best)
4. Set bekas makanan ( tupperware yang best)
5. Kipas ( standing fan)
6. Set pisau dan senduk 
7. Set sudu garpu ( besar dan kecil)
8. Cerek elektrik
9. Seterika
10.Jam dinding

Have fun & Take care
@ macammacamboleh.blogspot.com