Saturday, October 17, 2015

Tips Simpanan Tabung Haji untuk Anak

Assalamualaikum semua,

Apa khabar? Harap semua baik dan sihat hendaknya.

Hari ni, kita nak share tentang satu cara yang terbaik utk mulakan simpanan untuk anak-anak terutamanya anak yang baru lahir. Kaedahnya dengan Simpanan dan pelaburan di Tabung Haji.


Mungkin tidak ramai yg tahu, simpanan di tabung haji sejak kebelakangan ini amatlah berbaloi. Bukan sahaja simpanannya mengikut syariat, pulangannya pula adalah baik jika dibandingkan dengan simpanan lain seperti asb dan sebagainya. Average Pulangan tahunan adalah 8% di mana lebih kurang 6% dividen (prorata) dan 2% bonus (simpanan genap setahun). Alhamdulillah.

Bukan itu sahaja, dengan simpanan minima sebanyak rm1300 (setakat oktober 2015), anak-anak boleh didaftarkan terus untuk ibadah haji insya Allah. Tidak kiralah tarikh estimatenya dalam 50-80 tahun lagi, yang utamanya selaku ibu dan ayah, kita dapat membuka peluang dan memudahkan untuk anak-anak menunaikan ibadah haji pada masa akan datang, insya Allah

Syarat-syarat pendaftaran akaun:
1) Warganegara Malaysia
2) Beragama Islam


Baik, ini dia kita kongsikan Cara-cara untuk membuka akaun simpanan tabung haji yang amatlah mudah dan efisyen.

1. Ayah/ibu yang sudah mempunyai akaun tabung haji (lebih setahun) perlu Sediakan IC masing-masing (salah seorang ayah atau ibu boleh daftarkan akaun) 
2. Surat beranak original atau mykid original anak perlu dibawa sekali
3. Sediakan wang deposit (jika ingin terus daftarkan haji utk anak, minima rm1300 perlu didepositkan) 
4.  Isi borang di tabung haji seperti dinasihatkan di kaunter 
5. Dapatkan nombor giliran
6. Apabila dipanggil, kemukakan ic atah atau ibu terdahulu beseta borang penjaga
7. Kemukakan borang pendaftaran anak & surat beranak @ mykid 
8. Berikan wang deposit rm1300 dan mohon utk daftarkan haji terus untuk anak
9. Jurukaunter akan proseskan semua dokumen dan srahkan buku sumpanan tabung haji anak yang baru. Tahniah & alhamdulillah.
10. Sahkan IC ayah/ibu, surat beranak/mykid anak, buku simpanan tabung haji anak dan pengesahan pendaftaran haji telah dibuat oleh jurukaunter
11. Selesai proses dan tahniah pada anda sekeluarga. Syukur 


Baik. Itu sahjaa post untuk kali ini, jika ada sebarang persoalan atau komen atau info tambahan yang ingin dikongsi, bolehlah share di ruang kome di bawah utk manfaat semua ya. Terima kasih!

Have fun & Take care
@ macammacamboleh.blogspot.com








You might also like:

Shop online @ LAZADA.

Friday, October 16, 2015

Tips Pupuk Anak Kecil Minat Buku

Bagaimana ingin memupuk minat buku pada anak kecil


Minat untuk baca buku sesuai untuk diterapkan pada anak kecil sejak bayi lagi. Seawal usia 6 bulan, saya gemarkan bacakan buku untuk bayi saya. 

Saya mulakan dengan buku bergambar berwarna warni dan tidak mempunyai banyak perkataan. Sedikit demi sedikit saya tambahkan buku dan apabila anak dah semakin besar, saya beri peluang untuk anak saya pilih buku yang disukai. Lazimnya anak saya sukakan buku animals dan superheroes macam spiderman.


Apabila anak saya dah pandai bercakap, saya tambahkan buku general knowledge seperti buku tentang human body, autospace, occupations, daily timetables, countries dan nature. Hasilnya saya perasan anak saya mempunyai vocabulary yang semakin bertambah terutamanya english vocabularies.

Sekiranya mempunyai masa lapang, saya akan bacakan buku untuk anak saya setiap kali sebelum tidur. Anak saya juga sering mencari buku dan meminta saya membacakan buku sebaik sahaja bangun dari tidur. By the way, anak saya lelaki tau.

So, apa tunggu lagi. Start early :)

Have fun & Take care
@ macammacamboleh.blogspot.com

You might also like:

Shop online @ LAZADA.

Tips Perbelanjaan Kewangan

Bagaimana nak buat perancangan kewangan anda


Kewangan merupakan satu aspek penting dalam hidup kita. Kita harusla bijak membuat perancangan agar tak sempit dompet di hujung bulan nanti. Bagi yang dah bekerja mahupun yang masih belajar, sebelum ada membelanjakan wang gaji atau wang biasiswa atau wang yg ibubapa anda bagi, pastikan anda menyediakan dulu senarai budget anda bagi setiap ringgit. Seterusnya berbelanjala mengikut perancangan anda. 
Berikut merupakan contoh perbelanjaan yang anda harus peruntukkan.

1. Duit kepada ibubapa. Ibubapa telah menanggung kita sepanjang hidup kita. Jangan lupa balas pemberian mereka mengikut kemampuan kita dan seelok-eloknya memberi lebih apabila gaji dah naik. 


2. Saving. Jadikan habit untuk simpan duit walaupun RM10 di dalam akaun yang tak diusik seperti tabung haji. Sikit sikit lama lama jadi bukit. Saving juga penting untuk kegunaan kecemasan.


3. Insurans. Zaman sekarang banyak penyakit yang sering timbul.  Dengan peningkatan kos sara hidup, insurans amatlah membantu sekiranya anda atau keluarga masuk hospital. Bayangkan kalau ahli keluarga kita terpaksa masuk hospital dengan kos rawatan RM10,000. Berapa kali gaji anda baru boleh kumpul RM10,000 tu? Tapi kalau bayar insurans RM100 je sebulan, dah dapat coverage masuk hospital. Bagi bapa bapa yang jadi tulang belakang keluarga, seelok-eloknya dapatkan insurans nyawa agar ia dapat membantu keluarga anda sekiranya berlaku kematian.
4. Bayaran pinjaman kereta.


5. Bayaran pinjaman/sewa rumah.
6. Bil telefon, elektrik, air, internet, maintenance fee, indah water.
7. Simpanan untuk bayaran tahunan seperti insurans kereta, cukai pintu etc.
8. Belanja dapur/ makanan/ pakaian/sabun etc. untuk keluarga.


9.Duit minyak kereta/tiket bas/tiket LRT.
10. Duit tol.
11. Bayaran taska/ tadika/ pembantu rumah.
12.Belanja makan diri sendiri di tempat kerja.


13.Belanja hiburan untuk berhujung minggu bersama kelurga.
14. Wang sedekah untuk mereka yang memerlukan. 


Fushhhh. Tengok senarai ni, banyak nye nak pakai duit. Berpeluh-peluh admin tengok.. Tapi begitula realitinya. Yang paling penting, berbelanjalah mengikut kemampuan. Jangan pulak rasa gaji RM3000 tu banyak sangat sampai asyik nak makan luar je dan nak tukar handphone tiap tahun. Dan jangan jadikan amalan untuk meminjam dan berhutang. Beli barang yang diperlukan sahaja dan bukan ikut nafsu. Nasihat ini khusus untuk golongan muda yang baru mula berkeluarga atau bekerjaya. :)

Have Fun & Take care
@ macammacamboleh.blogspot.com
You might also like:

Shop online @ LAZADA.

Tips Packing Melancong Luar Negara

Apa nak bawa kalau melancong di luar negara???


Wowie. Dengan pelbagai promosi harga tiket penerbangan ke destinasi luar negara, mesti ramai yang tak lepaskan peluang untuk beli tiket kan? Di sini, admin ingin kongsikan barang- barang penting yang sesuai dibawa bersama anda kalau nak melancong ke luar negara berdasarkan pengalaman admin.

1. Kompas arah solat bagi yang beragama islam.
2. Ubat-ubatan seperti panadol, ubat selsema, ubat batuk, ubat cirit, minyak panas/angin, plaster.
3. Kelengkapan pakaian sejuk sekiranya anda ingin melawat negara bermusim sejuk seperti sweater ( saya suka yang siap bertopi), gloves dan socks. Kalau negara tu sering dilanda angin sejuk dan hujan, mungkin baju yang berkonsepkan wind breaker dan kalis air paling sesuai. 
4. Plug converter sekiranya anda ingin melancong ke negara yang gunakan soket elektrik lain dari malaysia. Contohnya australia.
5. Beg yang sesuai untuk letak barang berharga seperti pasport dan wang. Contohnya backpack atau sling bag bergantung kepada keselesaan anda.
6. Kaca mata hitam untuk bergaya di dalam gambar =)
7. Lotion dan lip balm bagi negara yang bercuaca sejuk supaya kulit anda tidak kering.
8. Pakaian yang bersesuaian. Jangan lupa check dulu iklim negara yang ingin dilawati dan sediakan pakaian ikut cuaca. Saya juga gemar memakai kasut sneakers kerana lazimnya kita banyak berjalan. Jadi pilihlah kasut yang tidak menyakitkan
9. Makanan dan kelengkapan memasak  sekiranya anda ingin masak sendiri. Saya gemar bawa perencah nasi goreng, sardin, milo, roti, maggi dan biskut ringan. Masak sendiri lebih menjimatkan sekiranya anda ingin melancong lama. Bagi yang muslim,  sekarang dah banyak kedai jual daging/ ayam halal di luar negara. Jadi bahan mentah mungkin boleh dibeli di sana. Saya cadangkan anda research sedikit mengenai perkara ini.
10. Perancangan tentang tempat yang ingin dilawati. Seelok-eloknya anda sediakan jadual yang lengkap dengan masa, lokasi, transport, kos tiket perjalanan, kos tiket masuk ( sekiranya berkaitan). Ini penting supaya anda tak buang masa dan mempunyai budget kewangan yang mencukupi.


Kesimpulannya, admin lebih gemar beli dan sediakan barang barang serta perancangan di malaysia sebelum travel ke luar negara. Kalau dah sampi sana, mungkin anda akan susah nak cari barang keperluan sebab tak biasa dengan kedai di sana atau tak serasi dengan jenama barang di sana. Di samping itu perbezaan bahasa juga mungkin akan menyukarkan anda untuk berkomunikasi. So baiklah google siap-siap di malaysia tentang semua info penting dan mungkin juga perkataan simple dalam bahasa asing seperti terima kasih dan selamat pagi.

Sekian. Happy holidays u allsss ....

Have fun & Take care
@ macammacamboleh.blogspot.com



You might also like:

Shop online @ LAZADA.

Biz SID Shaklee Supplements



Apa khabar dunia?


Perkenalkan peluang bisnes untuk semua sambil menjaga kesihatan diri, keluarga dan rakan2 sekeliling kita bersama. Jom join jadi Shaklee Independent Distributor. Whatsapp Maya / Hafiz pada 012-6113989 sekarang!


Kombinasi dan testimoni produk shaklee yg sangat baik, cepat dan efektif.

Note for good health. Inspired by Shaklee. Whatsapp Maya / Hafiz pada 012-6113989 sekarang!


Set energy/weight
1) 1 Vit-C Plus : Skin & Energy
2) 1 B-Complex : Energy
3) 1 Herb Lax : Detox
- dose set energy/weight 
1) Herblax 
- 4 biji x 2 kali seminggu. 
- Seeloknya weekend sbb dia akan merangsang utk buang air
- ambil malam sebelum tido
2) B-Complex
- 1 biji sehari lepas makan
3) Vita-C
- 1-2 biji sehari bila2 boleh ambil
4) Alfalfa
- 3 biji x 3 kali sehari 
- sebelum makan
- elok ambil waktu perut kosong
- elok ambil awal pagi


Set slip disc
1) Vivix utk betulkan sel2
2) Oste utk tulang dan otot
3) Omega utk anti inflammation
4) Joint health utk lubricate the joint
- Dose Slip disc prevention
1) Vivix amik satu sudu kecil sebelum tidur
2) Omega amik sebiji 3 kali sehari lepas makan
3) Vitalea amik sebiji lps lunch
4) Oste amik 4 biji sebelum tidur
5) Ajht 2 biji lepas lunch
- Dose Slip disc recovery 
1) Vivix tu amik satu besar
2) Omega amik 3 biji sekali breakfast n dinner (total 6 biji)
3) Vitalea amik 2 biji
4) Oste amik 6 biji
5) Ajht amik 4 biji

Shaklee best sets to suit your intention... Some sets also comes in dual combo sets. PM or comment for details ya. Live your healthy life from now!  Whatsapp Maya / Hafiz pada 012-6113989 sekarang!


Multivitamin utk tingkatkan kecergasan badan dan kecerdasan minda amat baik utk mulakan di bulan puasa. 

Alhamdulillah diri sendiri ambik ESP for sahur. Penuh tenaga  dah cuba pasti tahu. Whatsapp Maya / Hafiz pada 012-6113989 sekarang!

Moms knows Best 


Get the right combo for the right reasons. Prevention is always better than cure plus you feel grrreat too!

Breastfeeding set?? 
Set Sakit Sendi/Tulang??
Beauty Skin set??
Pregnancy set??

No more waits. Readily available  stocks. Delivered right to your doorstep Interested? PM for promotion set with special discounts & rebates. Whatsapp Maya / Hafiz pada 012-6113989 sekarang!


Health Survey for self . Lets get to know ourselves better and keep a healthy life forward insya Allah. Whatsapp Maya / Hafiz pada 012-6113989 sekarang!


Jon order dan sertai kami sebagai your Personal Shaklee Distributor,  Maya with ever supporting hubby Hafiz for instant best rates. Whatsapp Maya / Hafiz pada 012-6113989 sekarang!


 
You might also like:

Shop online @ LAZADA.

FREE Takaful Consultation & Be My Business Partner




 

PERCUMA & TERHAD ! Sayangkan Keluarga Anda?  Lindungi mereka dan diri anda sekarang !


TAHNIAH! dan Alhamdulillah, anda telah BERSEDIA! Usah lagi ragu, dapatkan proposal for FREE!. 'No Strings Attached'

NOW, you can get instant Proposal Plan within 24 hours suitable for you and others. Please provide with genuine information kerana setiap info yang diberi akan memberi impak terhadap harga premium yang dikenakan untuk seseorang individu. Info yang diperlukan:

1) Nama Penuh
2) No. Kad Pengenalan / IC
3) Lelaki atau Perempuan
4) Merokok atau Tidak Merokok
5) Job Position
6) Annual Income
7) Jenis Plan

Contoh cara makluman info

1) Raja Pelindung
3) Lelaki
4) Tidak Merokok
5) Ejen Insurance Prudential
6) 50,000 setahun
7) Comprehensive Protection Plan (terdiri dari Life, TPD, Critical Illness, Medical Card, Ward Allowance, Retirement, Education, Savings & Investment Plan)

Dengan kiriman semua info di atas, saya boleh sediakan proposal plan Takaful yang terbaik dan praktikal kepada anda within 24 hours. Ini komitmen yang saya berikan dan tawarkan di permulaan jalinan silaturahim kita dan insya Allah sampai ke anak cucu.

Info detail ini boleh disampaikan kepada saya samada melalui
1) SMS / Whatsapp - pada nombor telefon peribadi saya 012-6113989
2) Email pada email peribadi saya mohdhafizz10@gmail.com
3) Panggilan Telefon / Direct Call - pada nombor 012-6113989

"Maya & Hafiz Takaful - Always at Your Service - 012-6113989"

Untuk info terperinci, sila rujuk

You might also like:

Shop online @ LAZADA.

Info New MRTs in Malaysia


Salam semua,

Macam mana project MRT kat malaysia?


Banyak dah public transport di Malaysia. Syukur, Alhamdulillah. Kita ada:

Lrt
Monorail
Taxi
Uber @ mytaxi
Rapid buslines
Speedtrain
Beca (sesetengah negeri)
Kapal terbang 
Keretapi KTM

Now comes the new MRT projects. Sure banyak bagus dan peluang penambahbaikan yang boleh dibuat. Tapi yg utamanya, ia akan menjadi salah satu transport utama malaysians kita

What do you think? Leave us a comment.

Checkout the attached project plans for our MRT. Can plan to help for your property search too. Lagi dekat dengan public transport, lagi baik.

Have fun & Take care
@ macammacamblogspot.com


You might also like:

Shop online @ LAZADA.

Thursday, October 15, 2015

Tips Beg Hospital for Newborn


Beg hospital untuk sambut kelahiran bayi baru lahir


Beg hospital adalah suatu kewajipan yang penting disediakan khususnya apabila ibu sudah mengandung masuk minggu ke 36. Seelok-eloknya beg ini dah disiap pack dan sedia dibawa ke hospital anytime apabila tanda bersalin dah muncul. Di sini saya ingin sharekan barang barang penting yang sesuai diletakkan dalam beg hospital.


1. Buku surah Yasin atau doa yang berkaitan, air zam zam dan kurma bagi yang beragama islam.
2. 2 pasang persalinan bayi consisting baju, baby wrap/ lampin, mittons, booties, pampers ( with extras) etc.. Kalau rumah jauh dari hospital, mungkin 3 pasang persalinan.
3. Persalinan baju untuk ibu pakai masa keluar hospital. Masa duduk di hospital, lazimnya pakai baju hospital je.
4. Breast pad dan sanitary pad.
5. Pam susu dan botol susu ( standby in case ibu ada masalah feeding).
6. Snek / biscuits untuk mummy. Breastfeeding mummy cepat lapar ye.
7. Towel, slipper toilet, sweater and mummy's toiletries.
8. Any daddy's stuff kalau daddy bermalam di hospital juga. Contohnya baju, towel dan sejadah.

Hope this is useful especially for new daddy and mummy.

Have fun & Take care
@ macammacamboleh.blogspot.com

You might also like:

Shop online @ LAZADA.

Tips Hibur Anak Tanpa Gadget


Bagaimana nak hiburkan anak kecil tanpa menggunakan gadget?


Mesti ramai parents yang kadang kadang kekeringan idea nak main apa dgn anak kecil kan? Ending dia, ramai yang bagi ipad je kat anak especially bila parents dah penat atau ada benda lain perlu diuruskan. Ini adalah sesuatu yang merisaukan sebab gadget ini boleh jadikan anak kita anti social dan lebih suka bermain ipad berbanding bermain dgn anak kecil lain.

Di sini saya ada beberapa cadangan aktiviti yang boleh dilakukakan bersama anak khususnya yang berusia 2-5 tahun berdasarkan pengalaman saya:

1. Painting: Dapatkan water colour, kertas putih kosong, brush dan pallete di kedai alat tulis. Bagi anak anak explore aktiviti ini. Tp jangan lupa pastikan anda sediakan alas surat khabar terlebih dahulu. Kalau nak senang, main painting kat luar rumah pun ok. Takdela kesan kotor kat carpet dalam rumah tu. 

2. Main bola: Ni paling senang, ambik bola dan sepakkan je bola ( dengan gentle ye ) tu ke arah anak anda dan minta dia sepak balik kat anda . 


3. Swimming: Sekarang dah banyak sangat kolam renang untuk public. Bayarannya pun selalunya murah ataupun free. Anda cuma perlu google je kolam renang berdekatan rumah anda, sediakan baju renang anda dan anak seterusnya masuk lah ke dalam kolam renang. Hihi

4. Playdoh : Dapatkan playdoh atau jenama lain di kedai permainan. Lagi best kalau anda belikan acuan pelbagai bentuk. Guarantee anak anda happy. Jangan lupa simpan dalam bekas yang bertutup kemas lepas main supaya playdoh tak cepat jadi keras.

5. Bubbles: Anda boleh beli air bubbles ni di kedai atau gunakan kaedah DIY untuk buat sendiri bubble solution ni di rumah.

6. Zoo : Lazimnya anak kecil sukakan binatang. Jadi, sekali sekala, bawakla anak kecil gi zoo untuk hiburkan hati mereka. 

7. Morning walk/ jogging: Aktiviti ni memang sesuai kalau anda pun nak exercise. Bawak je satu keluarga pergi park atau taman taman  berhampiran. Selalunya taman ni mesti ada playground untuk anak anda main sekali.


8. Gardening: Bagi mereka yang suka gardening, bolehlah libatkan anak anda dalam aktiviti ini seperti minta mereka tolong siram pokok atau cabut rumput.

9. Basuh kereta: Lazimnya kanak- kanak suka main air. Di samping membersihkan kereta anda, anda pasti akan membuatkan anak anda gembira main air.

10.Lego: Inilah antara mainan yang paling senang nak didapatkan dan sangat menghiburkan hati anak. Di samping itu ia boleh jadikan anak anda lebih kreatif.

11. Bermain di pantai: Sekali sekala bawakla juga anak anda bercuti di persisiran pantai. Mesti mereka sangat suka main air dan pasir. 

Sekian.

Have fun & Take care !
@ macammacamboleh.blogspot.com



Wednesday, October 14, 2015

Info Rockers @ Fun Wonderland ID

Vannakam world,

Came across this wonderful pitstop... Might be a good idea to decorate the house for the kids.


ABCs, Numbers, Animals, Sun & Friends

Excellent concept to make the small world for our kids seem enormous

What do you think? Please leave us your comments ya. 

Have fun & Take care
macammacamboleh.blogspot.com

You might also like:

Shop online @ LAZADA.

Tips Daddy Susukan Anak @ Nursing Room

Konichiwa world


Admin di hospital checkup newborn baby & mummy. So sambil mummy checkup dulu, daddy kene susukan newborn baby. Of course natural milk from mummy cume dah transferred to baby bottle.

Daddynye baru prasan betapa gloomynye ruang untuk susu baby. Though quite convenient sebab ada sofa & meja kecil to place things.

Well, rasanya smartphone comes in handy at that time. At least boleh baca blogs kawan2, post new info at macammacboleh.blogspot.com.. Alhamdulillah.

Just want to share yg daddy really thankful for mummy & newborn baby. Rezeki keluarga bahagia. 

To all daddies out there! Have fun taking care of all the mummies & babies in the world. Lets make the world a peaceful and happy one for everyone to enjoy ya.

Have fun & Take care
macammacamboleh.blogspot.com

You might also like:

Shop online @ LAZADA.

Biz Self Service Laundry / Dobi

Hi semua !

Just nak share admin came across a bery interesting business opportunity.

Self-service laundry. / dobi. Wow!

Surely for all those business minded people yg berminat nak start your own biz. This is definitely an opportunity not to be missed.

Find out more for training & more exposure from the link below. Menarik!

Have fun & Take care
macammacamboleh.blogspot.com

You might also like:

Shop online @ LAZADA.

Tips Daftar Kelahiran Anak di JPN

Hello world !

Apa khabar semua? Mesti ramai tertanya2

Macam mana nak daftar anak baru lahir?
Dekat mana nak buat?
Apa dokumen yg perlu bawa?
Siapa yang boleh daftarkan kelahiran?
Insya Allah, macammacamboleh.blogspot.com has one possible solution. 

Admin just had experience to register kelahiran anak di JPN (Jabatan Pendaftaran Negara). Alhamdulillah all processes went smoothly. Within 1 hour of registration, terus dapat

1) Sijil Kelahiran Anak
2) My Kid card

Rahsianya begini 

1) bile dah nak discharge dari hospital, kene make sure, kita dapatkan dokumen berikut dari hospital.

i. Borang Pendaftaran Kelahiran
ii. Appointment card mummy with dr sebelum labor. (Note kene buat 1 copy utk beri pada JPN) 
iii. Immunization card baby baru selepas labor

(Note: kalau kat kpj, they all very professional, insya Allah, semua docs ditunjukkan dahulu pada parents before masuk sealed sampul surat)

2) So additional documents to bring

iv. IC original ayah & 1 copy
v. IC original ibu & 1 copy
vi. Salah satu Sijil perkahwinan ayah & ibu & 1 copy

Thats All. 

Utk mudah, biar ayah pada baby yg huatkan semua process ni. Ibunye boleh rehat berpantsng dengan baby kat rumah je.

So, rahsia utamanya is, daftar terus di pejabat HQ JPN di Putrajaya. Pegi pagi before 11am. Que tak panjang. Amik nombor kat Aras 2 (Kelahiran, Kematian & Anak Angkat). Wait for your turn. Then process at counter all documents. Tunggu sat for 30 minutes to 1 hour. Selesai. Dapat sijil kelahiran dan mykid terus.

So harap info bermanfaat utk yg baru timang anak atau cucu. Alhamdulillah.

Kalau ada rakan2, jiran2, saudara mara yg maybe perlukan info ni, dont forget to share with them our site @ macammacamboleh.blogspot.com. (Copy paste link kat WA group yg sedia ada je)

Please leave us your valuable comments ya. Thank you

Have fun & Take care
macammacamboleh.blogspot.com



You might also like:

Shop online @ LAZADA.

Welcome & Selamat Datang !


SELAMAT DATANG  ke MACAM MACAM BOLEH !!!

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Ni Hao, Good Day, Vannakam,

Selamat Datang ke macammacamboleh.blogSpot.com..

Website ni bertujuan untuk membuka ruang untuk semua pelawat untuk berkongsi segala-gala ilmu, pendapat, komen, pengalaman untuk dimanfaatkan bersama.

Your thoughts & ideas are gold! Share with us @ macammacamboleh.blogspot.com

Tiada limit untuk berkongsi. Macam-macam boleh. nak share seperti tentang

  • Resipi Makanan?
  • Hobi sendiri?
  • Restoran makan yang best?
  • Sukan terkini?
  • Mana nak cari baju baby?
  • Cara untuk simpan duit?
  • Peluang pekerjaan?
  • Peluang bisnes?
  • Nak gi jalan-jalan luar Negara?
  • Visit Malaysia?
MACAM MACAM BOLEH! macammacamboleh.blogspot.com

Silakan berkongsi dengan semua. Website ni sesuai dikunjungi oleh pelawat macammacamboleh.blogspot.com berikut

  • Wanita  Bujang / Berkahwin / dan lain lain 
  • Lelaki Bujang / Berkahwin / dan lain lain 
  • Students
  • Remaja
  • Veteran
  • Semua bangsa melayu, cina, india, kadazan, sabahan, iban dan macam-macam boleh
  • Semua warganegara tidak kira di mana sahaja seperti Malaysia, Indonesia, USA, England, Morroco, Jepun.... janji boleh enjoy the info untuk manfaat bersama (language translator dialukan untuk yang tidak boleh faham bahasa melayu)
Amat dialukan untuk pelawat macammacamboleh.blogspot.com yang:

  • Baru nak nak kenal dunia blogging tapi belum ada idea macam mana nak start, boleh start tulis post anda di website ini. Kongsikan dengan semua
  • ingin mempromosikan blog tersendiri
  • memang suka berkongsi untuk manfaat masyarakat
So, selamat dating. Enjoy our contents! Share & Spread the information from this macammacamboleh.blogspot.com website

Have fun & Take Care!!
macammacamboleh.blogspot.com
You might also like:

Shop online @ LAZADA.