Saturday, November 14, 2015

Tips Fail di Rumah @ Filing at Home

Tips Fail di rumah @ Filing at home

Bila makin tua ni, banyak pulak surat-surat yang diterima. Tapi bukan surat cinta ye. Kebanyakannya surat dari bank. Surat hutang.. Hehe. Takdelah. Actually bila kita dah start beli aset ni, macam-macam surat akan diterima. Ada surat lawyer. Surat cukai pintu. Surat maintenance fee. Resit pembayaran.. Dan macam-macam lagilah surat.  

Kalau anda terima surat sebegini, pastikan anda tapis dulu kepentingan surat tu. Kalau penting, make sure anda simpan elok-elok di dalam fail. Contohnya macam surat berkaitan bukti pembayaran dan jumlah pinjaman yang dibuat. Semua ini mungkin penting di saat tertentu. Contohnya apabila anda nak beli rumah.  Kalau saya, saya suka simpan dalam fail ikut kategori. Tak nak la bercampur aduk. Kalau campur aduk, nanti susah nak cari lagi 10 tahun. Hehe.. Contohnya, ada fail utk rumah A, rumah B, kereta, anak-anak, sijil-sijil, resit penting ( untuk claim warranty), kwsp, investments, tax dan macam-macam lagi.

Kesimpulannya, fail juga penting di rumah ye. Bukan sahaja di office tau.  Mulakan fail anda sekarang untuk kemudahan di masa hadapan. 

Sekian . :)

Have fun & Take care 
@ macammacamboleh.blogspot.com