Thursday, October 22, 2015

Tips Nak jadi engineer? Dont know What to expect?

Tips Nak jadi engineer? Dont know What to expect?


Antara soalan popular semasa zaman kanak-kanak adalah "apakah cita-cita anda?".
Kalau adminla, jawapan admin asyik berubah-ubah je. Kejap nak jadi doktor. Kejap nak jadi cikgu. Lepas tu polis lepas tu angkasawan... Hehe. Mesti ramai yang macam tu kan. Ok sini admin nak share beberapa pengalaman bekerja sebagai engineer dengan anda semua. Mungkin post ni berguna untuk lepasan-lepasan SPM yang tengah pening nak fikir kursus apa nak diambil di universiti nanti.

1. Lazimnya kerjaya sebagai jurutera boleh meletakkan anda sama ada di posisi client/ consultant atau kontraktor. 
2.Client adalah pemilik sesuatu projek dan pihak yang mengeluarkan wang untuk menjayakan sesuatu projek. Sebagai contoh, pihak kerajaan adalah pemilik projek pembinaan sekolah. Jadi sebagai jurutera di pihak client, anda haruslah memastikan projek pembinaan sekolah adalah berdasarkan budget dan mematuhi semua perjanjian kontrak yang telah ditandatangani antara kerajaan dan kontraktor termasuk dari segi tempoh pembinaan dan pematuhan undang-undang.
3.Kontraktor adalah pihak utama yang melaksanakan kerja untuk menyiapkan sesuatu projek. Lazimnya engineer yang di pihak kontraktor lebih banyak mempelajari ilmu teknikal dan hands on/ praktikal kerana engineer ini yang berada di ground site.

4. Jurutera yang berkhidmat dengan firma consultant/perunding lazimnya terlibat terlibat dengan merekabentuk/design untuk sesuatu engineering drawing. Contohnya, merekalah yang menyediakan lukisan untuk rekabentuk sistem perpaipan. Seterusnya jurutera perunding haruslah memastikan pembinaan oleh kontraktor mematuhi rekabentuk yang telah disediakan.
5.Sebagai seorang jurutera, lazimnya anda akan berinteraksi dengan banyak pihak iaitu sama ada client/perunding/kontraktor atau pihak berkuasa tempatan/TNB/Jabatan pengairan dan saliran dan lain lain lagi. Semua ini untuk memastikan projek berjalan lancar di samping mematuhi semua undang-undang. So, expect a lot of meetings and travellings. Di samping itu pelbagai kursus competency dan lain lain harus dihadiri untuk skills learning and improvements.
6. Menjadi jurutera memerlukan anda menjadi seorang yang aktif, fast learner, quick thinking, dan sering peka kepada surrounding. Seringkali anda perlu mengejar deadline dan menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang singkat. So, anda haruslah cepat adapt dengan situasi. Kadangkala tugas orang lain pun ada kena tolong siapkan agar ia tidak mengganggu tugas anda. Yang paling penting adalah anda mesti mempunyai semangat teamwork dan tak boleh kerja sendirian berhad. :)


So, demikianlah serba sedikit tentang kerjaya sebagai engineer. Generally, bidang engineer meliputi awam/civil, mekanikal, elektrikal, dan elektronik. Selain itu terdapat juga engineer yang lebih spesifik ikut bidang seperti acoustic engineer, aeronautical engineer dan macam-macam lagi. So, bolehlah anda start survey in details kalau nak cuba kerjaya sebagai engineer.

Have fun & Take care 
@ macammacamboleh.blogspot.com




You might also like:

Shop online @ LAZADA.

No comments:

Post a Comment