Friday, October 23, 2015

Tips Renovasi Rumah Baru

Tips Renovasi Rumah Baru

Baru dapat kunci rumah baru? Alhamdulillah, syukur dah dapat kunci. Sekarang mesti macam- macam idea nak hias rumah dah datang kan? Nak hias ok, tapi yang paling penting, ia haruslah berdasarkan budget anda. Jangan sampai berhutang sebab nak masuk rumah baru. Start sikit-sikit dulu pun takpe. Mungkin anda nak bermula dengan menghiasi ruang tamu. Bila dah ada budget lebih sebab dah dapat bonus, barulah hias bilik pula. Di sini admin nak share antara renovasi minor yang admin dah buat atau rancang nak buat untuk rumah admin.

1. Mengecat rumah. Cat semula luar dan dalam rumah sering dilakukan kalau anda beli rumah subsale/second hand.  

2. Kitchen cabinet. Kitchen cabinet dibina ikut citarasa dan kemudahan para isteri/ibu-ibu yang merupakan master of the kitchen. Admin cadangkan ikut je apa yang isteri nak dalam bab ni ok. :)

3. Lampu dan kipas. Lazimnya lampu dan kipas yang dibekalkan developer rumah adalah jenis yang basic. Kadangkala, tak dibekalkan pun. So, anda bolehla install lampu dan kipas ikut keperluan dan citarasa.

4. Plaster ceiling. Sering dilaksanakan untuk ruang tamu.

5. Wallpaper. Boleh menambahkan seri rumah khususnya di feature wall.

6. Built-in cabinet. Boleh dibina di bilik-bilik tidur untuk menjimatkan ruang dan membuatkan bilik nampak kemas.

7.Hiasan luar rumah seperti menambah artificial grass, water feature ataupun menukar tiles.


Sekiranya anda membeli rumah second hand/subsale, anda juga perlu consider untuk membaiki kerosakan rumah sedia ada seperti membaiki paip bocor, baiki soket eletrik, tukar pintu yang dah reput, baiki lantai dan macam-macam lagi. So, sebaik sahaja dapat kunci, pastikan anda periksa setiap sudut rumah dan sediakan senarai things to do.  Utamakan kerja membaiki perkara yang boleh jejaskan kegiatan seharian anda dan kerja yang memerlukan banyak cleaning dan pindah barang sekiranya dilakukan hanya setelah anda pindah masuk.

Sekian. Enjoy your new home :)

Have fun & Take care
@ macammacamboleh.blogspot.com





You might also like:

Shop online @ LAZADA.

No comments:

Post a Comment