Saturday, October 17, 2015

Tips Simpanan Tabung Haji untuk Anak

Assalamualaikum semua,

Apa khabar? Harap semua baik dan sihat hendaknya.

Hari ni, kita nak share tentang satu cara yang terbaik utk mulakan simpanan untuk anak-anak terutamanya anak yang baru lahir. Kaedahnya dengan Simpanan dan pelaburan di Tabung Haji.


Mungkin tidak ramai yg tahu, simpanan di tabung haji sejak kebelakangan ini amatlah berbaloi. Bukan sahaja simpanannya mengikut syariat, pulangannya pula adalah baik jika dibandingkan dengan simpanan lain seperti asb dan sebagainya. Average Pulangan tahunan adalah 8% di mana lebih kurang 6% dividen (prorata) dan 2% bonus (simpanan genap setahun). Alhamdulillah.

Bukan itu sahaja, dengan simpanan minima sebanyak rm1300 (setakat oktober 2015), anak-anak boleh didaftarkan terus untuk ibadah haji insya Allah. Tidak kiralah tarikh estimatenya dalam 50-80 tahun lagi, yang utamanya selaku ibu dan ayah, kita dapat membuka peluang dan memudahkan untuk anak-anak menunaikan ibadah haji pada masa akan datang, insya Allah

Syarat-syarat pendaftaran akaun:
1) Warganegara Malaysia
2) Beragama Islam


Baik, ini dia kita kongsikan Cara-cara untuk membuka akaun simpanan tabung haji yang amatlah mudah dan efisyen.

1. Ayah/ibu yang sudah mempunyai akaun tabung haji (lebih setahun) perlu Sediakan IC masing-masing (salah seorang ayah atau ibu boleh daftarkan akaun) 
2. Surat beranak original atau mykid original anak perlu dibawa sekali
3. Sediakan wang deposit (jika ingin terus daftarkan haji utk anak, minima rm1300 perlu didepositkan) 
4.  Isi borang di tabung haji seperti dinasihatkan di kaunter 
5. Dapatkan nombor giliran
6. Apabila dipanggil, kemukakan ic atah atau ibu terdahulu beseta borang penjaga
7. Kemukakan borang pendaftaran anak & surat beranak @ mykid 
8. Berikan wang deposit rm1300 dan mohon utk daftarkan haji terus untuk anak
9. Jurukaunter akan proseskan semua dokumen dan srahkan buku sumpanan tabung haji anak yang baru. Tahniah & alhamdulillah.
10. Sahkan IC ayah/ibu, surat beranak/mykid anak, buku simpanan tabung haji anak dan pengesahan pendaftaran haji telah dibuat oleh jurukaunter
11. Selesai proses dan tahniah pada anda sekeluarga. Syukur 


Baik. Itu sahjaa post untuk kali ini, jika ada sebarang persoalan atau komen atau info tambahan yang ingin dikongsi, bolehlah share di ruang kome di bawah utk manfaat semua ya. Terima kasih!

Have fun & Take care
@ macammacamboleh.blogspot.com








You might also like:

Shop online @ LAZADA.

No comments:

Post a Comment