Friday, October 16, 2015

Tips Packing Melancong Luar Negara

Apa nak bawa kalau melancong di luar negara???


Wowie. Dengan pelbagai promosi harga tiket penerbangan ke destinasi luar negara, mesti ramai yang tak lepaskan peluang untuk beli tiket kan? Di sini, admin ingin kongsikan barang- barang penting yang sesuai dibawa bersama anda kalau nak melancong ke luar negara berdasarkan pengalaman admin.

1. Kompas arah solat bagi yang beragama islam.
2. Ubat-ubatan seperti panadol, ubat selsema, ubat batuk, ubat cirit, minyak panas/angin, plaster.
3. Kelengkapan pakaian sejuk sekiranya anda ingin melawat negara bermusim sejuk seperti sweater ( saya suka yang siap bertopi), gloves dan socks. Kalau negara tu sering dilanda angin sejuk dan hujan, mungkin baju yang berkonsepkan wind breaker dan kalis air paling sesuai. 
4. Plug converter sekiranya anda ingin melancong ke negara yang gunakan soket elektrik lain dari malaysia. Contohnya australia.
5. Beg yang sesuai untuk letak barang berharga seperti pasport dan wang. Contohnya backpack atau sling bag bergantung kepada keselesaan anda.
6. Kaca mata hitam untuk bergaya di dalam gambar =)
7. Lotion dan lip balm bagi negara yang bercuaca sejuk supaya kulit anda tidak kering.
8. Pakaian yang bersesuaian. Jangan lupa check dulu iklim negara yang ingin dilawati dan sediakan pakaian ikut cuaca. Saya juga gemar memakai kasut sneakers kerana lazimnya kita banyak berjalan. Jadi pilihlah kasut yang tidak menyakitkan
9. Makanan dan kelengkapan memasak  sekiranya anda ingin masak sendiri. Saya gemar bawa perencah nasi goreng, sardin, milo, roti, maggi dan biskut ringan. Masak sendiri lebih menjimatkan sekiranya anda ingin melancong lama. Bagi yang muslim,  sekarang dah banyak kedai jual daging/ ayam halal di luar negara. Jadi bahan mentah mungkin boleh dibeli di sana. Saya cadangkan anda research sedikit mengenai perkara ini.
10. Perancangan tentang tempat yang ingin dilawati. Seelok-eloknya anda sediakan jadual yang lengkap dengan masa, lokasi, transport, kos tiket perjalanan, kos tiket masuk ( sekiranya berkaitan). Ini penting supaya anda tak buang masa dan mempunyai budget kewangan yang mencukupi.


Kesimpulannya, admin lebih gemar beli dan sediakan barang barang serta perancangan di malaysia sebelum travel ke luar negara. Kalau dah sampi sana, mungkin anda akan susah nak cari barang keperluan sebab tak biasa dengan kedai di sana atau tak serasi dengan jenama barang di sana. Di samping itu perbezaan bahasa juga mungkin akan menyukarkan anda untuk berkomunikasi. So baiklah google siap-siap di malaysia tentang semua info penting dan mungkin juga perkataan simple dalam bahasa asing seperti terima kasih dan selamat pagi.

Sekian. Happy holidays u allsss ....

Have fun & Take care
@ macammacamboleh.blogspot.com



You might also like:

Shop online @ LAZADA.

No comments:

Post a Comment