Showing posts with label home. Show all posts
Showing posts with label home. Show all posts

Saturday, November 14, 2015

Tips Fail di Rumah @ Filing at Home

Tips Fail di rumah @ Filing at home

Bila makin tua ni, banyak pulak surat-surat yang diterima. Tapi bukan surat cinta ye. Kebanyakannya surat dari bank. Surat hutang.. Hehe. Takdelah. Actually bila kita dah start beli aset ni, macam-macam surat akan diterima. Ada surat lawyer. Surat cukai pintu. Surat maintenance fee. Resit pembayaran.. Dan macam-macam lagilah surat.  

Kalau anda terima surat sebegini, pastikan anda tapis dulu kepentingan surat tu. Kalau penting, make sure anda simpan elok-elok di dalam fail. Contohnya macam surat berkaitan bukti pembayaran dan jumlah pinjaman yang dibuat. Semua ini mungkin penting di saat tertentu. Contohnya apabila anda nak beli rumah.  Kalau saya, saya suka simpan dalam fail ikut kategori. Tak nak la bercampur aduk. Kalau campur aduk, nanti susah nak cari lagi 10 tahun. Hehe.. Contohnya, ada fail utk rumah A, rumah B, kereta, anak-anak, sijil-sijil, resit penting ( untuk claim warranty), kwsp, investments, tax dan macam-macam lagi.

Kesimpulannya, fail juga penting di rumah ye. Bukan sahaja di office tau.  Mulakan fail anda sekarang untuk kemudahan di masa hadapan. 

Sekian . :)

Have fun & Take care 
@ macammacamboleh.blogspot.com


Monday, October 26, 2015

Mudah dan Murah! Jom kita Shopping Online @ Lazada.

Mudah dan Murah! Jom kita Shopping Online @ Lazada.

Memang tak dapat dinafikan, admin telah cuba dan terbukti. Transaksi untuk membeli barangan keperluan asas mahupun mengikut trend fashion, barangan elektronik dan sebagainya.

Just layari Lazada melalui link di bawah, masukkan details order, delivery dan buat payment. Payment semudah menggunakan Maybank2u, visa, mastercard.

Setelah order dibuat, notification email dari Lazada akan diterima terus setelah confirmation payment dibuat. Keesokannya, Lazada akan menghantarkan email notification mengatakan barang telah siap dipack dan ready untuk ship. Keesokan harinya.... Pin pin... Truck / Van delivery sampai di rumah.

Mengikut rekod admin, timeline pembelian barangan basic pampers drypers melalui lazada

1) Order dibuat online pada 22 Oct 2015 (Khamis malam)
2) Confirmation email diterima terus setelah confirm payment
3) Notification untuk delivery diterima pada 23 Oct 2015 (Jumaat pagi)
4) Pin Pin.. delivery truck / van sampai ke rumah 24 Oct 2015 (Sabtu pagi)

Sangat Sangat Sangat lah berpuashati dengan product dan service yang diterima. So, saya seru semua untuk mencuba! Nasihat Admin, Try beli satu barang sahaja dulu dan perhatikan servisnya.

Harga perbandingan beli online berbanding beli di kedai, Harganya sama sahaja. Tetapi di online, harga termasuk delivery. Manakala jika beli di kedai, minyak kereta/motor tidaklah termasuk. So fikir2kan. Dengan keadaan kita sekarang di mana minyak dan tol telah naik, sgt praktikal dan baik sekali kita mulakan membeli secara onlina.

Have fun & Take care
@ macammacamboleh.blogspot.com






                                                                           
                                                                            
You might also like:

Shop online @ LAZADA.

Friday, October 23, 2015

Tips Renovasi Rumah Baru

Tips Renovasi Rumah Baru

Baru dapat kunci rumah baru? Alhamdulillah, syukur dah dapat kunci. Sekarang mesti macam- macam idea nak hias rumah dah datang kan? Nak hias ok, tapi yang paling penting, ia haruslah berdasarkan budget anda. Jangan sampai berhutang sebab nak masuk rumah baru. Start sikit-sikit dulu pun takpe. Mungkin anda nak bermula dengan menghiasi ruang tamu. Bila dah ada budget lebih sebab dah dapat bonus, barulah hias bilik pula. Di sini admin nak share antara renovasi minor yang admin dah buat atau rancang nak buat untuk rumah admin.

1. Mengecat rumah. Cat semula luar dan dalam rumah sering dilakukan kalau anda beli rumah subsale/second hand.  

2. Kitchen cabinet. Kitchen cabinet dibina ikut citarasa dan kemudahan para isteri/ibu-ibu yang merupakan master of the kitchen. Admin cadangkan ikut je apa yang isteri nak dalam bab ni ok. :)

3. Lampu dan kipas. Lazimnya lampu dan kipas yang dibekalkan developer rumah adalah jenis yang basic. Kadangkala, tak dibekalkan pun. So, anda bolehla install lampu dan kipas ikut keperluan dan citarasa.

4. Plaster ceiling. Sering dilaksanakan untuk ruang tamu.

5. Wallpaper. Boleh menambahkan seri rumah khususnya di feature wall.

6. Built-in cabinet. Boleh dibina di bilik-bilik tidur untuk menjimatkan ruang dan membuatkan bilik nampak kemas.

7.Hiasan luar rumah seperti menambah artificial grass, water feature ataupun menukar tiles.


Sekiranya anda membeli rumah second hand/subsale, anda juga perlu consider untuk membaiki kerosakan rumah sedia ada seperti membaiki paip bocor, baiki soket eletrik, tukar pintu yang dah reput, baiki lantai dan macam-macam lagi. So, sebaik sahaja dapat kunci, pastikan anda periksa setiap sudut rumah dan sediakan senarai things to do.  Utamakan kerja membaiki perkara yang boleh jejaskan kegiatan seharian anda dan kerja yang memerlukan banyak cleaning dan pindah barang sekiranya dilakukan hanya setelah anda pindah masuk.

Sekian. Enjoy your new home :)

Have fun & Take care
@ macammacamboleh.blogspot.com





You might also like:

Shop online @ LAZADA.

Tips & Pengalaman Mencari Rumah Idaman

Tips & Pengalaman Mencari Rumah Idaman

Semua orang pasti inginkan rumah idaman. Sejak kecil admin dah ada idea nak bina rumah macam mana bila dah besar nanti. Hehe. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, mencari dan membeli rumah untuk tinggal bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak perkara harus diambilkira.

Kalau nak rumah yang dekat dengan tempat kerja seperti di Damansara Utama, mungkin harga rumah sangatlah mahal. Kalau pilih yang jauh sikit dari tempat kerja seperti di Nilai mungkin harga lagi murah. Tapi berbaloi ke nak travel jauh ke tempat kerja especially yang bekerja di KL dan Selangor ? Nak kena bayar tol dan minyak lagi. Nak tempuh traffic jem la. Nanti, keluar rumah gelap, balik pun dah gelap. Sampai rumah dah penat. Nak main dengan anak pun dah takda energy.  Kesimpulannya, maybe better beli je rumah yang mahal sikit, asalkan dekat dengan tempat kerja sebab ada penjimatan kos tol dan minyak, masa dan juga tenaga :).

Sekarang, dah ada calon lokasi rumah, kena fikir pula nak beli rumah bagaimana? Kondo ke? Teres ke? Banglo ke? Yang ini, kena tengok budget kita. Ada berapa duit yang boleh digunakan untuk bayar rumah. Contohnya kalau duit untuk bayar loan rumah ada RM2,000 setiap bulan, anda mungkin layak dapat pinjaman perumahan untuk rumah bernilai RM400,000 (perlu semak dengan bank). 

So, rumah apa yang harga RM400,000? Kalau condo, mungkin kecil sikit dari rumah landed. Then kena bayar maintenance fee pulak tu. Kalau nak beli teres, besarla sikit, harga pun mahal sikit, tapi family anda besar ke? Nanti penat pulak nak maintain rumah 2 tingkat. Anak sorang je. Baby pula tu. So, maybe better duduk condo dulu sampaila baby besar kan?

Haih, pening juga kan nak cari rumah ni. Sebenarnya, banyak lagi perkara harus difikirkan seperti ada tak sekolah dan kemudahan lain yang berhampiran? Ada tak keluarga atau sahabat yang berhampiran ( ini penting kalau berlaku kecemasan)? Bagaimana crime rate di kawasan itu? Tapi admin nak highlight, antara perkara paling penting yang harus diutamakan adalah lokasi dan budget yang anda ada. :)

Sekian..

Have fun & Take care
@macammacamboleh.blogspot.com





You might also like:

Shop online @ LAZADA.