Showing posts with label saving. Show all posts
Showing posts with label saving. Show all posts

Sunday, October 25, 2015

Keperluan atau Keinginan?

Keperluan atau keinginan?

Seringkali apabila ingin membeli sesuatu barang, saya pasti akan bertanya pada diri sendiri " Ini keperluan atau keinginan?"
Kenapa saya tanya soalan ini? Sebab saya amat mementingkan perbelanjaan berhemah. Cewah :) 

Maklumlah sekarangkan semua benda dah mahal. So, kenalah sentiasa ambil langkah penjimatan dan bijak dalam berbelanja.  Beli barang yang betul-betul perlu sahaja. Kalau ada lebihan wang, barulah beli barang -barang sampingan.

Always set your priority.  Kalau saya, saya utamakan barang-barang anak lebih dari diri sendiri. Apa sahaja yang berkaitan dengan health dan education anak, bagi saya tiada batasan untuk berbelanja. Contohnya seperti buku dan makanan berkhasiat.  

Tapi kalau untuk diri sendiri, memang berkira habis. Nak makan luar pun sangat jarang. Kalau ada pun, mesti order air suam je. Hihi. Tak paham kenapa air yang jual kat restoran tu mahal sangat kan.. Macam nak dekat sama dengan harga makanan je kan? Anyway, anda pula bagaimana?

Have fun & Take care
@ macammacamboleh.blogspot.com

You might also like:

Shop online @ LAZADA.

Tips Diversify your investment / savings

Diversify your investment/ savings

Don't put all your eggs in one basket. Admin suka aplikasikan peribahasa Inggeris ini kalau dalam bab investment and savings. Contohnya, janganlah simpan semua wang simpanan anda di satu tempat sahaja. Kalau ada perkara buruk terjadi seperti kecurian, bankruptcy, kerugian ataupun kebakaran, maka hilanglah semua wang simpanan anda kan?

So, apa boleh anda lakukan adalah simpan atau invest duit anda di pelbagai tempat. Contohnya seperti membeli emas, membeli properties, menjadikan modal untuk business kecil-kecilan dan melabur pada saham.

Tetapi sebelum anda invest atau simpan pastikan anda kaji betul-betul dulu tentang keuntungan, kebaikan, keburukan dan strategi yang berkenaan. Contohnya, kalau nak beli emas, belilah pada masa harga emas jatuh. Kalau nak beli property, boleh cuba beli property yang sedang dilelong untuk mendapatkan harga below market values. Sekiranya ingin start business pula, start dengan business kecil-kecilan dulu seperti jual tudung, kek dan sebagainya untuk mencari pengalaman terlebih dahulu.

Sekian dari admin untuk kali ini. :)

Have fun & Take care 
@ macammacamboleh.blogspot.com

You might also like:

Shop online @ LAZADA.

Friday, October 23, 2015

Tips Ambil Insurance as Emergency Fund

Tips Ambil Insurance as Emergency Fund

Sebelum tips dikongsi, sama2 kita fikirkan 
1) Cukup ke simpanan kita? 
2) Are we prepared for the worst?
3) Jika kita tiada, apa yang kita tinggalkan untuk tanggunan kita
4) Can they survive with so little i have now?

Kemudian fikirkan lagi
1) Aku sayangkan ibu, ayah, adik beradik, suami, isteri, dan anak2
2) Aku tak nak susahkan mereka
3) Sanggup ke aku susahkan mereka atau inginkah aku permudahkan lagi kehidupan mereka jika aku sudah tiada
4) biarlah aku tinggalkan kenangan manis dan semoga pemergianku tidak membebankan lagi kehidupan mereka

Semua persoalan di ataslah yang membezakan hampir 10% rakyat malaysia yg mengambil policy insurance berbanding yg 90% yg lain.

Cuba kita fikirkan, kenderaan kita miliki sekarang. Setiap tahun, perkara yg wajin dibuat adalah renew road tax dan car insurance. Satu perbelanjaan wajib utk kenderaan kita. Mengapa? Road tax supaya kenderaan kita sah digunakan di jalanraya manakala insurance kereta supaya kereta kita covered utk sebarang pembayaran jika accident, hilang, rosak atau berlaku perkara buruk yg tidak dijangka kepada kereta kita.

Sekarang, stop sekejap dan bayangkan kenderaan itu adalah diri anda sendiri. Road tax bagaikan IC atau passport yg mengesahkan kita selaku rakyat di malaysia. Car insurance pula apa equivalentnnya?

Kita sangat mudah utk lupa, bahawa diri kita ni terlalu berharga utk digadaikan jika berbanding kenderaan kita. Namun, kesedaran kepentingan insurance hanya ada utk kenderaan walaupun sudah bertahun2 insurance claims tidak pernah dibuat, kerana kita "terpaksa" dan wajib membayarnya.

Sudah tiba masanya kita tinggikan darjat kita lebih dari kenderaan kita. Kenderaan bolej dibaiki atau direplace, diri kita di dalam keluarga kita, sememangnya tidak boleh disilihganti. Terutamanya bila kita tunjang pendapatan keluarga.

Isitilah insurance sbg emergency fund boleh difahamkan melalui senario spt berikut:

Situasi 1
1. En Alif berumur 25 tahun. Isterinya Alia seorang surirumah menjaga 3 org anak usia 1,2 dan 3 tahun. Jumlah savings utk emergency yg mana en alif mampu menyimpan di tabung haji adalah rm150 sebulan. 
2. Genap umur 30 tahun, jumlah saving utk emergency fund tersebut adalah rm150x12bulanx5tahun = rm8000
3. Nauzubillah ajal en alif telah diketemukan apabila accident kereta pada umur 30 tahun.
4. Tinggalan utk isteri dan anak adalah rm8000 + insurance claim kereta 
5. Cukupkah jumlah ini utk keluarga tinggalan en alif teruskan kehidupan? Fikirkan

Situasi 2
1. En Alif berumur 25 tahun. Isterinya Alia seorang surirumah menjaga 3 org anak usia 1,2 dan 3 tahun. Jumlah savings utk emergency yg mana en alif mampu menyimpan adalah rm150 sebulan digunakan untuk mengambil policy insurance investment link hayat diri berjumlah rm400k dan tambahan peratus keuntungan dana yg diinvestkan duir bayaran bulanan en alif. 
2. Genap umur 30 tahun, jumlah saving utk emergency fund melalui policy insurance adalah ~ rm400k + rm150x12blnx5thnx10% dimana 10% merupakan anggaran prestasi dana = rm400k + rm800
3. Spt di situasi 1, Nauzubillah ajal en alif telah diketemukan apabila accident kereta pada umur 30 tahun.
4. Namun pada kali ini, Tinggalan utk isteri dan anak adalah rm400,800 + insurance claim kereta akan diterima. 
5. Bandingkan sekarang. Situasi 1 dan Siatuasi 2. Yang manakah yang terbaik buat keluarga tinggalan En Alif. Fikir-fikirkan.

Bertindak sekarang! Dapatkan quote insurance utk diri anda dan keluarga ASAP dari wakil insurance kami

Hubungi Maya atau Hafiz  di Whatsapp bernombor 012-6113989 atau email request pada hafizmayatakaful@gmail.com sekarang.

Terima kasih

Have Fun & Take care
@ macammacamboleh.blogspot.com





You might also like:

Shop online @ LAZADA.

Friday, October 16, 2015

Tips Perbelanjaan Kewangan

Bagaimana nak buat perancangan kewangan anda


Kewangan merupakan satu aspek penting dalam hidup kita. Kita harusla bijak membuat perancangan agar tak sempit dompet di hujung bulan nanti. Bagi yang dah bekerja mahupun yang masih belajar, sebelum ada membelanjakan wang gaji atau wang biasiswa atau wang yg ibubapa anda bagi, pastikan anda menyediakan dulu senarai budget anda bagi setiap ringgit. Seterusnya berbelanjala mengikut perancangan anda. 
Berikut merupakan contoh perbelanjaan yang anda harus peruntukkan.

1. Duit kepada ibubapa. Ibubapa telah menanggung kita sepanjang hidup kita. Jangan lupa balas pemberian mereka mengikut kemampuan kita dan seelok-eloknya memberi lebih apabila gaji dah naik. 


2. Saving. Jadikan habit untuk simpan duit walaupun RM10 di dalam akaun yang tak diusik seperti tabung haji. Sikit sikit lama lama jadi bukit. Saving juga penting untuk kegunaan kecemasan.


3. Insurans. Zaman sekarang banyak penyakit yang sering timbul.  Dengan peningkatan kos sara hidup, insurans amatlah membantu sekiranya anda atau keluarga masuk hospital. Bayangkan kalau ahli keluarga kita terpaksa masuk hospital dengan kos rawatan RM10,000. Berapa kali gaji anda baru boleh kumpul RM10,000 tu? Tapi kalau bayar insurans RM100 je sebulan, dah dapat coverage masuk hospital. Bagi bapa bapa yang jadi tulang belakang keluarga, seelok-eloknya dapatkan insurans nyawa agar ia dapat membantu keluarga anda sekiranya berlaku kematian.
4. Bayaran pinjaman kereta.


5. Bayaran pinjaman/sewa rumah.
6. Bil telefon, elektrik, air, internet, maintenance fee, indah water.
7. Simpanan untuk bayaran tahunan seperti insurans kereta, cukai pintu etc.
8. Belanja dapur/ makanan/ pakaian/sabun etc. untuk keluarga.


9.Duit minyak kereta/tiket bas/tiket LRT.
10. Duit tol.
11. Bayaran taska/ tadika/ pembantu rumah.
12.Belanja makan diri sendiri di tempat kerja.


13.Belanja hiburan untuk berhujung minggu bersama kelurga.
14. Wang sedekah untuk mereka yang memerlukan. 


Fushhhh. Tengok senarai ni, banyak nye nak pakai duit. Berpeluh-peluh admin tengok.. Tapi begitula realitinya. Yang paling penting, berbelanjalah mengikut kemampuan. Jangan pulak rasa gaji RM3000 tu banyak sangat sampai asyik nak makan luar je dan nak tukar handphone tiap tahun. Dan jangan jadikan amalan untuk meminjam dan berhutang. Beli barang yang diperlukan sahaja dan bukan ikut nafsu. Nasihat ini khusus untuk golongan muda yang baru mula berkeluarga atau bekerjaya. :)

Have Fun & Take care
@ macammacamboleh.blogspot.com
You might also like:

Shop online @ LAZADA.