Monday, October 26, 2015

Tips Rumah Pelaburan - tips rumah lelong

Tips mencari rumah untuk pelaburan - tips rumah lelong

Tahukah anda terdapat pelbagai jenis perumahan yg ada di luar sana yang masih murah dan affordable? Mari admin kongsikan.

Pada masa ini, harga rumah semakin meningkat tidak kira jenis samada banglo, semi d, teres, condo, apartment malahan flat pangsapuri juga.

Namun, apa yg masih ramai tidak tahu adalah terdapat banyak perumahan di luar sana yg dijual dengan harga yg sangat murah. 

Rumah flat 3 bilik contohnya hanya berharga bawah dari 50,000. Contoh area di rawang, bangi, bandar seri putra, kota damansara. Ya, memang boleh dimiliki. Jika gunakan pinjaman perumahan untuk rm50,000. Seseorang hanya perlu membayar anggaran setinggi rm250 sebulan sahaja. Sangatlah berbaloi! 

Sudah pasti, segelintir yg faham tentang konsep rumah flat, hanya orang2 tertentu yg layak membeli contohnya, income keluarga kurang dari rm2500. Rahsianya, sesiapa sahaja boleh dan layak membeli rumah kos rendah spt flat@pangsapuri dalam keadaan rumah tersebut DILELONG! Dan harga lelong sememanya rendah sehingga 40% harga pasaran. Contoh rumah flat yg boleh dijual dengan harga rm100,000, apabila dilelong, harga hanya rm40,000. Sangat berbaloi!

Yg pentingnya, pembeli perlu menilai lokasi, lokasi dan lokasi sebaik baiknya. Ini menentukan segalanya. Dekatkah dengan lrt, bus station untuk kemudahan awam. Semua ini menjadi tumpuan penyewa2.

Untuk lihat sendiri contoh perumahan lelong, website yg bagus untuk dirujuk boleh digoogle dengan nama
* ng chan mau
* public auction house malaysia 
Atau terus layari cimb property mart.

Good luck dan semoga pelaburan anda semuanya berhasil!

Have fun & Take care
@ macammacamboleh.blogspot.com





You might also like:

Shop online @ LAZADA.

No comments:

Post a Comment